Thursday, 29 September 2016

Maklumat Pembayaran

Maklumat Pembayaran



1. Semua tempahan penyewaan perlulah disertai dengan Booking Deposit.

2. Pemahaman tentang Booking Deposit ini perlulah difahami kerana pihak Homestay tidak mahu berlaku sebarang masalah yang boleh menyebabkan bakal tetamu tidak faham dan seterusnya wujud masalah berbangkit yang akan menggangu mood percutian bakal tetamu Homestay. Ia diperlukan bagi "menjamin tempahan penyewaan" dan "sebagai bayaran pembatalan tanpa notis" yang dibuat pada saat-saat akhir oleh bakal tetamu.

3. Booking Deposit yang diterima adalah seperti berikut:


1 malam - RM100
2 malam - RM200
3 malam - RM300
4 malam ke atas - akan ditentukan mengikut pertimbangan pihak homestay dan bakal tetamu

4. Pembayaran penuh penyewaan perlu dijelaskan oleh bakal tetamu sebelum tarikh Check-In.

5. 100% Deposit akan dipulangkan jika pembatalan tempahan penyewaan dibuat 7 hari sebelum tarikh Check-In

6. 50% Deposit akan dipulangkan jika pembatalan tempahan penyewaan dibuat 3 hari sebelum tarikh Check-In

7. TIADA PEMULANGAN deposit akan dipulangkan jika bakal tetamu tidak tiba pada tarikh Check-In yang telah ditempah

8. Semua pembayaran tempahan penyewaan dan Booking Deposit perlu dibuat kepada:

Nama : Mohamad Shariman Bin Sujor
No. Akaun : XXXXXXXX
Bank : Maybank
Email : ssfamilymuslimhomestaymelaka@gmail.com

9. Semua resit pembayaran atau transaksi online pembayaran perlu dihantar kepada

Email : ssfamilymuslimhomestaymelaka@gmail.com

atau

Whatsapp : 012-6344396


Kemudahan Homestay - Bilik Air

Antara ciri-ciri pemilihan homestay yang paling dititikberatkan ialah kebersihan bilik air homestay. Bilik air yang tidak bersih akan menyebabkan kita akan berasa tidak selesa sepanjang menginap di sesuatu homestay.

Homestay kami amat mengambil berat tentang hal kebersihan rumah dan bilik air. Kami akan berusaha sehabis baik bagi mestikan tahap kebersihan homestay adalah di tahap paling atas.





Pembersihan homestay akan dilakukan setiap kali sebelum tarikh Check-In bagi mestikan keselesaan bakal tetamu kami. Dan kami juga amat memerlukan kerjasama bakal tetamu agar menjaga kebersihan dan segala kemudahan di homestay ini. Jadikanlah ia seperti rumah anda sendiri supaya homestay ini akan sentiasa menjadi pilihan penginapan anda setiap kali anda berkunjung ke Melaka :)


Tetamu Kami - Disember 2016

under construction

Terma & Syarat Penyewaan

Assalammualaikum

Konsep Homestay yang kian popular pada masa kini ialah konsep penginapan di rumah Tuan Rumah dan berkongsi kelengkapan yang digunakan juga oleh Tuan Rumah.

Konsep ini amat menarik dan sangat berbeza dengan pengalaman biasa menginap di hotel. Setiap homestay mempunyai kelebihan atau kekurangannya tersendiri dan keselesaannya juga mungkin berbeza mengikut tetamu yang menginap. Sama seperti hotel, ada tetamu selesa menginap di hotel 5 bintang tetapi ada juga yang cukup hanya di hotel 3 bintang kerana penjimatan wang yang ketara.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke homestay kami dan berbesar hati sekiranya anda memilih untuk menginap di sini. Sesuai dengan konsep perkongsian kemudahan dan penginapan keluarga, ada beberapa terma dan syarat yang kami kenakan bagi tetamu yang ingin menginap di homestay kami.

1. Kami hanya menerima tempahan bagi tetamu yang beragama Islam sahaja. Kami memohon maaf kepada penganut agama lain kerana tidak dapat menerima tempahan anda. Ini adalah penting bagi menjaga kebersihan homestay yang kami gunakan sebagai tempat untuk beribadah dan juga faktor-faktor kebersihan dapur dan tempat penyediaan makanan.

2. Kepada tetamu yang mahu menginap secara berdua (lelaki dan perempuan), pihak kami memerlukan sijil nikah sebagai bukti hubungan mahram. Pihak homestay tidak mahu tempat ini menjadi tempat aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan melanggar hukum syariah.

3. Kepada tetamu yang datang secara berkumpulan (lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan keluarga), harap maklum bahawa pihak homestay berhak mengarahkan tetamu untuk meninggalkan homestay tanpa mengembalikan Booking Deposit jika kami dapati ada aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan melanggar hukum syariah yang berlaku di homestay kami.

4. Tetamu adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan kemudahan homestay ibarat berada di rumah sendiri. Kemudahan yang dijaga bersama akan mengekalkan kebersihan dan keselesaan homestay untuk kegunaan bersama di masa hadapan.

5. Para tetamu adalah dilarang untuk menganggu ketenteraman kejiranan dan sentiasa menghormati mereka.


Panduan Lokasi Homestay





 Click Peta Lokasi di bawah ini panduan terus ke Homestay





Kadar Sewaan Homestay

Kadar sewaan homestay kami adalah sangat berpatutan.

RM 190 nett / semalam

Kadar yang sama untuk 365 hari sepanjang tahun

Apa? Kadar sama sepanjang tahun?

Ye. Kadar yang sama untuk hari biasa, hujung minggu, cuti sekolah, ataupun cuti umum

Kemudahan Homestay - Refreshment Percuma








Kopi, teh dan makanan ringan kami sediakan secara percuma untuk bakal tetamu homestay