Thursday, 29 September 2016

Terma & Syarat Penyewaan

Assalammualaikum

Konsep Homestay yang kian popular pada masa kini ialah konsep penginapan di rumah Tuan Rumah dan berkongsi kelengkapan yang digunakan juga oleh Tuan Rumah.

Konsep ini amat menarik dan sangat berbeza dengan pengalaman biasa menginap di hotel. Setiap homestay mempunyai kelebihan atau kekurangannya tersendiri dan keselesaannya juga mungkin berbeza mengikut tetamu yang menginap. Sama seperti hotel, ada tetamu selesa menginap di hotel 5 bintang tetapi ada juga yang cukup hanya di hotel 3 bintang kerana penjimatan wang yang ketara.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke homestay kami dan berbesar hati sekiranya anda memilih untuk menginap di sini. Sesuai dengan konsep perkongsian kemudahan dan penginapan keluarga, ada beberapa terma dan syarat yang kami kenakan bagi tetamu yang ingin menginap di homestay kami.

1. Kami hanya menerima tempahan bagi tetamu yang beragama Islam sahaja. Kami memohon maaf kepada penganut agama lain kerana tidak dapat menerima tempahan anda. Ini adalah penting bagi menjaga kebersihan homestay yang kami gunakan sebagai tempat untuk beribadah dan juga faktor-faktor kebersihan dapur dan tempat penyediaan makanan.

2. Kepada tetamu yang mahu menginap secara berdua (lelaki dan perempuan), pihak kami memerlukan sijil nikah sebagai bukti hubungan mahram. Pihak homestay tidak mahu tempat ini menjadi tempat aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan melanggar hukum syariah.

3. Kepada tetamu yang datang secara berkumpulan (lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai hubungan keluarga), harap maklum bahawa pihak homestay berhak mengarahkan tetamu untuk meninggalkan homestay tanpa mengembalikan Booking Deposit jika kami dapati ada aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan melanggar hukum syariah yang berlaku di homestay kami.

4. Tetamu adalah diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan kemudahan homestay ibarat berada di rumah sendiri. Kemudahan yang dijaga bersama akan mengekalkan kebersihan dan keselesaan homestay untuk kegunaan bersama di masa hadapan.

5. Para tetamu adalah dilarang untuk menganggu ketenteraman kejiranan dan sentiasa menghormati mereka.


No comments:

Post a Comment